Analisis Fatwa Air Sisa Kumbahan Dari Sumber Mutanajjis
Keywords:
Fatwa, water, sewage, mutanajjis, mustakmal, sisa kumbahan, airAbstract
The advancement of technology nowadays gives a huge impact on human well-being. One of it is the use of wastewater treatment technology to remove contaminants and convert it into effluents that can be reused for various purposes such as for agriculture, recreation, drinking water and also as new sources of energy. However, despite its various uses, the legal question arises regarding the status of treated water from sewage, whether it can be utilized according to Islamic ruling, as it comes from the source of mutanajjis and mustakmal water. Therefore, this article aims to analyse the fatwas related to the use of treated water from sewage in a few aspects which are changes that occur to it, from the original nature of unclean water (mutanajjis) to mustakmal or clean (mutlak). The methodology of this study is qualitative document analysis on the fatwas that have been issued. The findings of the study show that according to the fatwa, the treated wastewater is categorized as pure water (mutlaq water), due to the process of removing faeces, and maintaining the original nature of pure water. Thus, the water can be used for various purposes including as drinking water, as long as it is not harmful, since the water has returned to its original water properties.
Kemajuan teknologi masakini memberi impak besar kepada kesejahteraan hidup manusia. Antaranya membabitkan teknologi rawatan air sisa kumbahan yang mampu memproses air kumbahan menjadi lebih bernilai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk pertanian, rekreasi, air minuman dan sebagai sumber tenaga baharu. Meskipun memiliki pelbagai kegunaan, namun, timbul persoalan hukum mengenai status air terawat dari sisa kumbahan, adakah ia boleh dimanfaatkan, memandangkan ia berasal daripada sumber air mutanajjis dan air mustakmal. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis fatwa-fatwa berkaitan penggunaan air terawat dari sisa kumbahan, dalam aspek perubahan yang berlaku terhadapnya, daripada sifat asal air yang najis (mutanajjis) kepada mustakmal ataupun bersih (mutlak). Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen terhadap fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa air sisa kumbahan yang telah dirawat, menurut fatwa, dikategorikan sebagai air yang suci lagi menyucikan (air mutlak), kerana berlakunya proses untuk menghilangkan najis dan mengekalkan semula sifat asal air yang suci lagi menyucikan. Justeru, air tersebut boleh digunakan untuk siraman bahkan ia boleh digunakan untuk minuman, selagi mana tidak memudaratkan, kerana air tersebut telah kembali kepada sifat air yang asal.
