KERANGKA PERUNDANGAN SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
THE LEGAL FRAMEWORK OF SERTU FOR HALAL INDUSTRY IN MALAYSIA
Keywords:
sertu, regulation, halal certification, halal industry, consumer, perundangan, pensijilan halal, industri halal, penggunaAbstract
Halal is now a symbol of quality, cleanliness and lifestyle of the community. Halal, which was previously synonymous with Muslims, has now begun to attract non-Muslims to use halal products or services. In order to obtain halal certification, the implementation of sertu has become one of the important requirements that must be met by medium and large industries in Malaysia. Although sertu is not a mandatory thing to do, companies need to establish standard operating procedures (SOPs) in writing related to sertu in the event of non-compliance with the sertu process (if applicable). This is outlined as one of the requirements in the Halal Security System (HAS) Malaysian Halal Management System 2019. In Malaysia, jurisdiction of Halal is under the state government. There are several issues arising in the legal and enforcement aspects of this implementation. This article aims to examine the legal framework in the halal industry in Malaysia. To achieve this goal, a qualitative study will be conducted, focusing on data collection methods by document analysis and face-to-face interviews. Findings from this study found that there is no specific legal framework at the moment and this can lead to confusion in implementing comprehensive monitoring in the context of halal certification. Procedures and parties that can implement the same process also need to be refined so as not to cause conflicts of interest to the parties involved. This study suggests that the authorities in halal certification can provide a clear and uniform sertu legal framework to avoid confusion in the implementation of sertu involving halal certification. In addition, it is recommended that specific guidelines for each halal scheme be improved because the requirements of each scheme are different. Abstrak Halal kini menjadi simbol kualiti, kebersihan dan gaya hidup masyarakat. Halal yang sebelum ini sinonim dengan Muslim, kini telah mula menarik perhatian orang bukan Islam untuk menggunakan produk atau servis halal. Bagi memperolehi pensijilan halal, pelaksanaan sertu menjadi salah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh industri sederhana dan besar di Malaysia. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Di Malaysia, perundangan halal adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Terdapat beberapa isu berbangkit dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan pelaksaan sertu ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kerangka perundangan sertu dalam industri halal di Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif akan dilaksanakan, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temubual bersemuka. Dapatan daripada kajian ini mendapati tiada kerangka perundangan sertu secara khusus buat masa ini dan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam melaksanakan pemantauan secara menyeluruh dalam konteks pensijilan halal. Tatacara dan pihak-pihak yang boleh melaksanakan proses sertu juga perlu diperhalusi supaya tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada pihak-pihak yang terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pihak berotoriti dalam pensijilan halal dapat menyediakan satu kerangka perundangan sertu yang jelas dan seragam bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan sertu yang melibatkan pensijilan halal. Selain itu, dicadangkan supaya di tambahbaik garis panduan khusus bagi setiap skim halal kerana keperluan setiap skim adalah berbeza.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-12-31
Conference Proceedings Volume
Section
Articles
How to Cite
KERANGKA PERUNDANGAN SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA: THE LEGAL FRAMEWORK OF SERTU FOR HALAL INDUSTRY IN MALAYSIA. (2020). International Seminar on Syariah and Law (INSLA), 3(1), 554-565. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/insla/article/view/223
