PENDEKATAN RUKUN MADANI: DAYA CIPTA DALAM PENGURUSAN ZAKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
THE MADANI PILLARS APPROACH: INNOVATION IN THE MANAGEMENT OF ZAKAT AT INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING
Keywords:
Malaysia Madani, pengurusan zakat, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), inovasi zakat, pillar of creativity, zakat management, higher education institutions, zakat innovationAbstract
Institutional management in the contemporary era requires a governance approach that is more dynamic, effective, and innovative, in line with the Malaysia Madani vision, which is founded on six core pillars as guiding values for national development. In this context, zakat institutions at Higher Education Institutions (HEIs) play a significant role as drivers of social well-being within the campus community through efficient and impactful zakat collection and distribution management. The objective of this study is to discuss the concept of Malaysia Madani and to examine the application of the Madani pillars in the management of zakat institutions at HEIs, with particular emphasis on the Pillar of Creativity as a foundation for innovation in zakat governance. This study adopts a qualitative approach using documentation and observation methods to collect data and analyse content descriptively. The findings indicate that the application of the Pillar of Creativity is highly significant in strengthening zakat institutions through the implementation of new innovations in zakat collection and distribution systems that are more efficient, responsive, and aligned with the needs of the HEI community. Accordingly, further studies are recommended to explore the application of other Malaysia Madani pillars in the management of zakat institutions at HEIs.
Abstrak
Pengurusan institusi pada masa kini menuntut pendekatan tadbir urus yang lebih dinamik, berkesan dan inovatif selaras dengan gagasan Malaysia Madani yang berteraskan enam rukun utama sebagai panduan nilai pembangunan negara. Dalam konteks ini, institusi zakat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berperanan penting sebagai pemacu kesejahteraan sosial warga kampus melalui pengurusan kutipan dan agihan zakat yang cekap serta berimpak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep Malaysia Madani dan meninjau penerapan rukun Madani dalam pengurusan institusi zakat IPT, dengan memberi tumpuan khusus kepada rukun Daya Cipta sebagai asas inovasi dalam tadbir urus zakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian bagi mengumpul data serta menganalisis kandungan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan rukun Daya Cipta amat signifikan dalam memperkasakan institusi zakat IPT melalui pelaksanaan inovasi baharu dalam sistem kutipan dan agihan zakat yang lebih efisien, responsif dan menepati keperluan warga IPT. Sehubungan itu, kajian lanjutan dicadangkan bagi meneroka penerapan rukun-rukun Malaysia Madani yang lain dalam pengurusan institusi zakat IPT.
