KETIDAKHADIRAN TERTUDUH DAN PELAKSANAAN DNAA DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN: SATU KAJIAN ANALITIK

THE NON-APPEARANCE OF THE ACCUSED AND THE APPLICATION OF DISCHARGE NOT AMOUNTING TO ACQUITTAL (DNAA) IN THE FEDERAL TERRITORIES SYARIAH COURTS: AN ANALYTICAL EXAMINATION

Authors

  • Ahmad Muttaqi Ismail Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia Author

Keywords:

DNAA, lepas tanpa bebas, implikasi, pendakwa syarie, ketidakhadiran, mahkamah syariah, discharge not amounting to an acquittal, implications, Syariah Prosecutor, absence, syariah court

Abstract

A Discharge Not Amounting to an Acquittal (DNAA) is one of the orders that may be issued by the Syariah Court in Syariah criminal proceedings, particularly when the accused fails to appear during the trial. Such an order does not result in an absolute acquittal; however, its implementation carries significant implications for the rights of the accused, judicial discretion, and the responsibilities of the prosecution. This article analyses the application of DNAA orders in the context of the accused’s absence in the Syariah Court of the Federal Territories by examining the legal basis, principles of application, and justifications for their issuance. The discussion also evaluates the factors that must be considered by a Syariah Judge before issuing a DNAA order, including the interests of justice, procedural compliance, and the readiness of the prosecution to proceed with the case. The research methodology adopted is a library-based study involving an analysis of statutory provisions, academic writings, and Syariah Court cases decided in the Federal Territories. The findings indicate that the absence of the accused does not automatically justify the issuance of a DNAA order; rather, it requires careful and balanced judicial assessment. This study is expected to enhance understanding and professional practice among Syariah Prosecutors, Syariah Lawyers, and Syariah Judges in ensuring the proper administration of justice within the Syariah criminal justice system.

Abstrak

Perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) merupakan salah satu bentuk perintah yang boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam prosiding jenayah syariah, khususnya apabila berlaku ketidakhadiran tertuduh semasa perbicaraan. Perintah ini tidak membawa kepada pembebasan mutlak, namun pelaksanaannya mempunyai implikasi penting terhadap hak tertuduh, budi bicara mahkamah dan tanggungjawab pihak pendakwaan. Artikel ini menganalisis pelaksanaan DNAA dalam konteks ketidakhadiran tertuduh di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dengan meneliti asas perundangan, prinsip pelaksanaan serta justifikasi pengeluarannya. Perbincangan turut menilai faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie sebelum mengeluarkan perintah DNAA, termasuk kepentingan keadilan, pematuhan prosedur dan kesediaan pihak pendakwaan untuk meneruskan pendakwaan. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan melalui analisis peruntukan undang-undang, penulisan akademik dan kes-kes Mahkamah Syariah yang diputuskan di Wilayah Persekutuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketidakhadiran tertuduh tidak secara automatik mewajarkan perintah DNAA, sebaliknya memerlukan penilaian kehakiman yang teliti dan berimbang. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta amalan profesional dalam kalangan Pendakwa Syarie, Peguam Syarie dan Hakim Syarie bagi memastikan pelaksanaan keadilan dalam sistem jenayah syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2026-01-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

KETIDAKHADIRAN TERTUDUH DAN PELAKSANAAN DNAA DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN: SATU KAJIAN ANALITIK: THE NON-APPEARANCE OF THE ACCUSED AND THE APPLICATION OF DISCHARGE NOT AMOUNTING TO ACQUITTAL (DNAA) IN THE FEDERAL TERRITORIES SYARIAH COURTS: AN ANALYTICAL EXAMINATION. (2026). International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law, 6(1), 124-133. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/inpac/article/view/143