PENDERAAN EMOSI OLEH ISTERI: FAKTOR-FAKTOR SUAMI BERTAHAN

EMOTIONAL ABUSE BY WIFE: FACTORS OF HUSBAND ENDURING

Authors

  • Salsabila Md Zin Jabatan Syariah, Fakuti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Author
  • Zul-kifli Hussin Jabatan Syariah, Fakuti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Author

Keywords:

Kasih-sayang, naratif, penderaan emosi, psikologi, resilience

Abstract

Perkahwinan merupakan penyatuan dua individu yang berbeza dari segi jantina, latar belakang, pendidikan dan pengalaman hidup. Keadaan ini mendorong kepada perbezaan pandangan jika tidak dikendalikan dengan baik. Salah satu cabaran yang tidak disedari adalah penderaan emosi terhadap suami berikutan wujudnya persepsi bahawa lelaki tidak mudah terkesan secara emosi. Hakikatnya, ramai suami menjadi mangsa penderaan emosi namun memilih untuk terus bertahan dalam perkahwinan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong suami untuk bertahan dalam perkahwinan meskipun berhadapan dengan penderaan emosi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual berstruktur ke atas 10 orang informan dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mendorong suami untuk bertahan adalah tanggungjawab terhadap anak, kefahaman agama, berpemikiran jauh serta kasih sayang yang masih wujud. Kajian lanjutan disarankan bagi meneroka perspektif isteri terhadap isu ini, sekali gus memperluas wacana kekeluargaan selaras dengan perubahan sosial dan budaya semasa.


Downloads

Download data is not yet available.

Published

2026-01-12

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

PENDERAAN EMOSI OLEH ISTERI: FAKTOR-FAKTOR SUAMI BERTAHAN: EMOTIONAL ABUSE BY WIFE: FACTORS OF HUSBAND ENDURING. (2026). International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law, 6(1), 187-199. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/inpac/article/view/218