INOVASI SALAM SEBAGAI ALTERNATIF TAWARRUQ DALAM PRODUK PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAM: TINJAUAN LITERATUR
SALAM INNOVATION AS AN ALTERNATIVE TO TAWARRUQ IN ISLAMIC PERSONAL FINANCING PRODUCTS: LITERATURE REVIEW
الكلمات المفتاحية:
Alternatif، Tawarruq، Salam، Risiko، Dominasi، Alternative، Risk، Dominanceالملخص
In line with current demands, tawarruq-based products have received positive reception among banking institutions. This popularity is due to the features of tawarruq, which are based on buying and selling, allowing for capital guarantee, liquidity, and assured profits. However, this popularity leads to dominance of tawarruq in almost all Islamic financial products which is potentially gives rise to several risks; concentration risk, Shariah authenticity risk, credit risk, and reputational risk. Therefore, proactive acts in exploring other Islamic financial contracts to provide alternatives to tawarruq is necessary. This study aims to investigate the potential of salam as an alternative to tawarruq in offering financing products within Islamic banking in Malaysia. The study employs a qualitative approach using literature review, examining and analyzing secondary data collected from various sources such as articles, journals, books, resolutions, Shariah’s standards and product disclosure sheets.
Abstrak
Seiring dengan kehendak semasa, produk kewangan Islam berasaskan tawarruq mendapat sambutan yang positif dalam kalangan institusi perbankan Islam di Malaysia mahupun peringkat global. Populariti ini disebabkan oleh ciri-ciri tawarruq yang berasaskan jual beli membolehkan jaminan modal, kecairan tunai, dan keuntungan yang terjamin. Namun yang demikian, populariti ini membawa kepada dominasi tawarruq dalam hampir kesemua produk kewangan Islam, yang mana ia berpotensi menyebabkan beberapa risiko; risiko penumpuan (concentration risk), risiko ketulenan Syariah (aunthenticity risk), risiko kredit (credit risk) dan risiko reputasi (reputational risk). Oleh itu, langkah proaktif dalam meneroka kontrak kewangan Islam yang lain bagi menyediakan alternatif kepada tawarruq perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan meneroka potensi salam sebagai alternatif tawarruq dalam menawarkan produk pembiayaan peribadi di perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan metode pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dengan meneliti dan menganalisis data sekunder yang dikutip daripada pelbagai sumber seperti artikel, jurnal, buku, resolusi, standard Syariah dan helaian pendedahan produk (product discloser sheets).
