KAJIAN KES PERTIKAIAN POLISI DAN PERUNDANGAN TANAH DALAM CADANGAN PEMBANGUNAN TANAH
A CASE STUDY ON CONFLICT OF LAW AND POLICY IN LAND DEVELOPMENT
Keywords:
land development, land law, conflict of laws, pembangunan tanah, undang-undang tanah, konflik perundanganAbstract
The processes involved in development are strongly tied to the land development policy and regulation. The Town and Country Planning Act 1976 [Act 172] and the National Land Code [Act 828] are just two laws regulating these processes. The case of Subang Jaya Municipal Council v. Visamaya Sdn. Bhd & Anor is one of the cases on the conflict of land conditions in the National Land Code (now revised in 2020 with the number [Act 828]) ("KTN") with the land use zone contained in the Local Plan issued by the Local Authority (PBT). Its decision offers a valuable lesson in legal matters and land planning. This study intends to take a firm stance on the interaction between land-related legislations, such as TCPA [Act 172] and KTN. Studies are carried out using the most recent court rulings and legislative modifications, using a doctrinal approach as the primary methodology. The Town and Country Planning Act of 1976 [Act 172] (often known as "Act 172") is the primary statute cited in project planning for development, according to the study. On the other hand, KTN, which went into effect on January 1, 1966, is the most significant land law in Peninsular Malaysia. The alleged legal inconsistencies must be clarified and justified, and this requires a thorough comprehension of the development of the relevant legislation's original process and original intent.
Abstrak
Pembangunan sesuatu kawasan berkait rapat dengan proses-proses berkaitan pembangunan tanah. Proses-proses ini dikawal oleh beberapa perundangan seperti Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172]. Kes Majlis Perbandaran Subang Jaya v Visamaya Sdn.Bhd & Anor mengenai konflik syarat nyata tanah dalam Kanun Tanah Negara 1965 (kini telah disemak semula pada tahun 2020 dengan nombor [Akta 828]) (“KTN”) dengan zon guna tanah yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu keputusan yang memberikan satu pengajaran besar dalam isu perundangan dan perancangan tanah. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kedudukan sebenar berhubung kaitan antara akta-akta melibatkan pembangunan tanah seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan KTN. Kajian dijalankan melalui semakan kepada perundangan dan keputusan- keputusan mahkamah yang terkini serta menjurus kepada pendekatan doktrinal. Kajian mendapati bahawa Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] (“Akta 172”) merupakan undang- undang utama yang dirujuk dalam suatu perancangan projek untuk sesuatu pembangunan. Manakala KTN pula undang-undang tanah terpenting yang digunakan di Semenanjung Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1966 berkaitan urusan tanah. Konflik perundangan yang dinyatakan perlu diperhalusi dan disokong dengan pemahaman yang mendalam berkaitan proses dan niat asal penggubalan perundangan berkaitan.
