KAEDAH PEMBUKTIAN BAGI KESALAHAN JENAYAH SIHIR DALAM ISU-ISU KEKELUARGAAN DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

METHODS OF EVIDENCE FOR CRIMES OF WITCHCRAFT IN FAMILY ISSUES UNDER THE MALAYSIAN SYARIAH COURTS

Authors

  • Muhamad Darwisy Mohd Razali Calon Sarjana Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Sarjana Undang-Undang Perbandingan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Author
  • Nurul Nadia Nozlan Calon Sarjana Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Afaf Sukari Calon Sarjana Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author

Keywords:

Witchcraft, Evidence, Syariah Crime, Evidence Act, Syariah Court, Sihir, Kaedah Pembuktian, Jenayah Syariah, Akta Keterangan, Mahkamah Syariah

Abstract

Witchcraft is one of the acts of polytheism and it has a very bad effect on the predators as a result of the immoral acts of witches. There are too many news and newspaper clippings on websites that talk about the negative impact of witchcraft and the collapse of family institutions as a result of witchcraft. However, the Shariah legal system in Malaysia considers this act of witchcraft to be a criminal act that is very difficult to prosecute in the Shariah Court. This is because witchcraft is a crime that is difficult to prove with real evidence. Therefore, this study will discuss the method of proof used in the conviction of the crime of witchcraft in family issues in the Malaysian Syariah Court. This qualitative study will use the documentation method as a research method. The data obtained will then be analyzed through document analysis to achieve the objectives of the study. The results of the study found that the qarinah method and expert opinion is a method of proof that is very appropriate to use and can be accepted as relevant evidence in the conviction of witchcraft crimes in the Syariah Court based on the Syariah Court Evidence Act (Federal Territories) 1997 [Act 561]. This study is expected to be used as a reference for judicial institutions in Malaysia, current researchers, students, and related agencies in discussing related issues. This study is also expected to be one of the efforts to strengthen the Syariah legal system in Malaysia by creating an investigation and prosecution procedure specifically involving the crime of witchcraft against Islamic family institutions in the Syariah Court in the future.

 

Abstrak

Sihir merupakan salah satu perbuatan syirik dan ia memberi kesan yang buruk kepada para pemangsa hasil daripada perbuatan penyihir yang tidak bermoral. Terlalu banyak berita mahupun keratan akhbar di laman sesawang yang menceritakan tentang impak negatif sihir dan keruntuhan institusi kekeluargaan hasil daripada perbuatan sihir. Namun, sistem perundangan Syariah di Malaysia menganggap perbuatan sihir ini merupakan satu perbuatan jenayah yang amat sukar untuk didakwa di Mahkamah Syariah. Hal ini disebabkan oleh perbuatan sihir merupakan jenayah yang sukar untuk dibuktikan dengan elemen-elemen pembuktian secara nyata. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang kaedah pembuktian yang digunakan dalam pensabitan kesalahan jenayah sihir dalam isu-isu kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah qarinah dan pendapat pakar merupakan kaedah pembuktian yang amat wajar digunakan dan dapat diterima sebagai keterangan yang relevan dalam pensabitan jenayah sihir di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561]. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada institusi kehakiman di Malaysia, para pengkaji kini, pelajar dan agensi berkaitan dalam membincangkan isu berkaitan hal tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan mewujudkan satu tatacara penyiasatan dan pendakwaan secara khusus melibatkan jenayah sihir terhadap institusi kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah kelak.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2023-03-17

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

KAEDAH PEMBUKTIAN BAGI KESALAHAN JENAYAH SIHIR DALAM ISU-ISU KEKELUARGAAN DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA: METHODS OF EVIDENCE FOR CRIMES OF WITCHCRAFT IN FAMILY ISSUES UNDER THE MALAYSIAN SYARIAH COURTS. (2023). International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law, 4(1), 1-11. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/inpac/article/view/81