KEPENTINGAN KETERANGAN LISAN SAKSI DALAM PROSES PERBICARAAN MAHKAMAH SYARIAH: ANALISIS KES DAN PENGAPLIKASIAN UNDANG-UNDANG

THE IMPORTANCE OF ORAL TESTIMONY OF WITNESSES IN THE SYARIAH COURT TRIAL PROCESS: CASE ANALYSIS AND LEGAL APPLICATION

Authors

  • Noor Hafizah Anggu Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Ridduan Naping Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Suhaizad Saifuddin Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia , 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Author

Keywords:

Oral testimony, witness evidence, tainted witness, non-Muslim witness, bayyinah, Keterangan lisan, kesaksian, saksi tohmah, saksi bukan Islam

Abstract

This paper examines the importance of oral testimony in the Syariah court trial process, focusing on two categories of witnesses: tainted witnesses who have familial relations with the parties and non-Muslim witnesses. The main issue frequently encountered in Syariah courts is the difficulty litigants face in producing witnesses who meet the syahadah standard as prescribed by Islamic law, which necessitates an assessment of the admissibility of bayyinah oral evidence as an alternative to ensure the smooth administration of justice. The main objective of this paper is to analyse the approaches and considerations of the Syariah Court in accepting testimony from these witnesses, as the admissibility of their evidence is often questioned by interested parties, while identifying the legal principles applied by the court. This study adopts a qualitative approach by reviewing Islamic legal sources and analysing relevant judicial decisions concerning the admissibility of oral testimony from these witnesses. Findings indicate that the Syariah courts carefully evaluate each case based on the principles of justice and maslahah while recognising a degree of flexibility in the acceptance of bayyinah when witnesses fulfilling the syahadah requirements cannot be presented. This study recommends legal amendment to be made, a more proactive role by Syariah legal practitioners in assessing and selecting witnesses, public empowerment through education and awareness programmes to eliminate misconceptions and the preservation of judges’ judicial discretion in determining the admissibility of testimony from these witnesses. In conclusion, the Syariah courts adapt to social changes and do not discriminate against any witness based on kinship or religion.

Penulisan ini meneliti kepentingan keterangan lisan saksi dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah dengan memberi tumpuan kepada dua kategori saksi iaitu saksi tohmah yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan saksi bukan Islam. Isu utama yang lazim berlaku di Mahkamah Syariah ialah kesukaran pihak-pihak untuk mengemukakan saksi yang memenuhi tahap syahadah sebagaimana ditetapkan oleh hukum syarak sehinggakan wujud keperluan untuk mengkaji penerimaan keterangan lisan bayyinah sebagai alternatif bagi menjamin kelancaran proses keadilan. Objektif utama penulisan ini adalah untuk menganalisis pendekatan dan pertimbangan Mahkamah Syariah dalam menerima keterangan daripada kategori saksi ini ekoran kebolehterimaan kesaksian mereka sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sekaligus mengenal pasti prinsip perundangan yang diaplikasikan oleh mahkamah. Penulisan ini bersifat kualitatif dengan meneliti sumber-sumber perundangan Islam termasuk analisis kes berkaitan penerimaan keterangan lisan saksi tohmah dan saksi bukan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah secara berhati-hati menilai setiap kes berdasarkan prinsip keadilan dan maslahah serta terdapat ruang fleksibiliti dalam penerimaan keterangan bayyinah apabila saksi yang memenuhi syarat syahadah tidak dapat dikemukakan. Kajian ini mencadangkan agar pindaan undang-undang dilakukan, peranan lebih proaktif daripada pengamal undang-undang syariah dalam menilai dan memilih saksi, pemerkasaan masyarakat melalui program pendidikan dan kesedaran untuk menghapuskan stigma salah dan pengekalan kuasa budi bicara hakim bicara membuat keputusan penerimaan keterangan daripada saksi tohmah dan saksi bukan Islam.  Kesimpulannya, penulisan ini menegaskan bahawa Mahkamah Syariah beradaptasi dengan perubahan sosial semasa dan sama sekali tidak mendiskriminasi mana-mana saksi atas faktor kekeluargaan atau agama.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-12-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Noor Hafizah Anggu, Ridduan Naping, & Suhaizad Saifuddin. (2025). KEPENTINGAN KETERANGAN LISAN SAKSI DALAM PROSES PERBICARAAN MAHKAMAH SYARIAH: ANALISIS KES DAN PENGAPLIKASIAN UNDANG-UNDANG: THE IMPORTANCE OF ORAL TESTIMONY OF WITNESSES IN THE SYARIAH COURT TRIAL PROCESS: CASE ANALYSIS AND LEGAL APPLICATION. CFORSJ Procedia, 3(1), 429-445. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/458