KEPERLUAN UJIAN BERTULIS DAN TEMUDUGA DALAM PELANTIKAN PEGUAM SYARIE: ANALISIS DAN CADANGAN

THE NEED FOR WRITTEN EXAMINATIONS AND INTERVIEWS IN THE APPOINTMENT OF SYARIE LAWYERS: AN ANALYSIS AND RECOMMENDATIONS

Authors

  • Abdul Karim Ibrahim Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Amirah Aqilah Mohd Zin Fakulti Undang-undang, Governon Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka Author
  • Hasnizam Hashim Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Mohd Sabree Nasri Fakulti Undang-undang, Governon Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka Author

Keywords:

Syarie Lawyer, Writing Test, Interview, Non-Alligned, Standardization, Syarie Court, Pelantikan Peguam Syarie, Ujian Bertulis, Temuduga, Ketidakselarasan, Penyeragaman, Mahkamah Syariah

Abstract

Kajian ini meneliti keperluan pelaksanaan ujian bertulis dan temuduga dalam proses pelantikan peguam syarie di Malaysia. Profesion guaman syarie memainkan peranan penting dalam memastikan hak-hak pihak berkenaan di Mahkamah Syariah terpelihara serta keadilan ditegakkan berasaskan hukum syarak. Walau bagaimanapun, ketidakselarasan syarat kelayakan ujian bertulis dan temuduga antara negeri menimbulkan isu standard penilaian yang berbeza serta menyukarkan mobiliti peguam syarie untuk beramal di pelbagai negeri. Persoalan utama yang timbul ialah sama ada perlu diwujudkan sistem penyeragaman bagi meningkatkan integriti profesion guaman syarie serta keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep pelantikan peguam syarie menurut undang-undang dan prinsip Islam, menilai pelaksanaan semasa ujian bertulis dan temuduga, serta mencadangkan penambahbaikan terhadap ketidakselarasan yang wujud. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk doktrinal melalui analisis kepustakaan terhadap enakmen, kaedah pelantikan, buku, artikel, dan jurnal akademik. Di samping itu, kaedah temubual separa berstruktur turut dijalankan bagi memperoleh pandangan empirikal daripada pegawai dan pengamal undang-undang syariah. Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan ketara antara negeri dalam menetapkan syarat ujian dan temuduga yang memberi kesan kepada tahap keseragaman penilaian serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan calon. Kajian ini mencadangkan garis panduan penyeragaman meliputi aspek pemarkahan, kandungan ujian, kategori calon yang perlu menduduki ujian bertulis, serta penerbitan bank soalan terdahulu sebagai rujukan rasmi. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan sistem pelantikan peguam syarie yang lebih telus dan seragam di seluruh negara tanpa menjejaskan bidang kuasa negeri. Kesimpulannya, penyeragaman dianggap langkah penting bagi memastikan profesion peguam syarie terus berwibawa, dihormati, dan menjadi teras keadilan dalam sistem perundangan Islam Malaysia.

 

This study examines the need to implement written examinations and interviews in the appointment process of syarie lawyers in Malaysia. The syarie legal profession plays a crucial role in safeguarding the rights of relevant parties in the Syariah Courts and in upholding justice based on Islamic law. However, inconsistencies in the qualification requirements for written examinations and interviews across different states have given rise to issues of unequal assessment standards and have hindered the mobility of syarie lawyers to practise in multiple states. The central issue addressed in this study is whether a standardised system should be established to enhance the integrity of the syarie legal profession and strengthen public confidence in Islamic judicial institutions. Accordingly, the objectives of this study are to identify the concept of syarie lawyer appointment according to legal provisions and Islamic principles, to evaluate the current implementation of written examinations and interviews, and to propose improvements to address existing inconsistencies. This study adopts a qualitative doctrinal approach through library-based analysis of enactments, appointment procedures, books, articles, and academic journals. In addition, semi-structured interviews were conducted to obtain empirical insights from officers and practitioners in the field of Syariah law. The findings reveal significant differences among states in determining examination and interview requirements, which affect the uniformity of assessment standards and create confusion among candidates. The study proposes the development of standardised guidelines covering assessment criteria, examination content, categories of candidates required to sit for written examinations, and the publication of a repository of past examination questions as an official reference. Overall, this study contributes to strengthening a more transparent and uniform appointment system for syarie lawyers nationwide without undermining state jurisdiction. In conclusion, standardisation is regarded as a vital measure to ensure that the syarie legal profession remains credible, respected, and central to the administration of justice within Malaysia’s Islamic legal system.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-12-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Abdul Karim Ibrahim, Amirah Aqilah Mohd Zin, Hasnizam Hashim, & Mohd Sabree Nasri. (2025). KEPERLUAN UJIAN BERTULIS DAN TEMUDUGA DALAM PELANTIKAN PEGUAM SYARIE: ANALISIS DAN CADANGAN: THE NEED FOR WRITTEN EXAMINATIONS AND INTERVIEWS IN THE APPOINTMENT OF SYARIE LAWYERS: AN ANALYSIS AND RECOMMENDATIONS. CFORSJ Procedia, 3(1), 182-198. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/438