PEMAKAIAN YAMIN AL-NAFI DALAM TUNTUTAN NAFKAH: KAJIAN DI MAHKAMAH SYARIAH SABAH

THE APPLICATION OF YAMIN AL-NAFI IN MAINTENANCE CLAIMS: A STUDY AT THE SABAH SYARIAH COURT

Authors

  • Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Hairul Vaiyron Othman Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Suhaizad Saifuddin Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia , 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Author

Keywords:

Yamin al-Nafi, maintenance, digital evidence, Syariah Court Sabah, Family Support Division (BSK), e-Nafkah, nafkah, keterangan digital, Mahkamah Syariah Sabah, Bahagian Sokongan Keluarga

Abstract

This study examines the application of Yamin al-Nafi in maintenance (nafkah) claims at the Syariah Court of Sabah, particularly in the context of digital evidence. The main objective is to analyse how the court interprets and applies Yamin al-Nafi while balancing classical fiqh principles with modern evidentiary standards. Using a qualitative approach, this study reviews relevant legal enactments, judicial decisions, and administrative practices of the Family Support Division (BSK). The findings reveal that digital records such as e-Nafkah data, bank statements, and BSK reports are now recognised as primary evidence in determining compliance with maintenance obligations. The oath of denial (Yamin al-Nafi) is only invoked when such documentary evidence is incomplete or awaiting verification. This judicial practice aligns with the Syariah Court Evidence Enactment (Sabah) 2004 and reflects the maqasid al-shariah principle of safeguarding the financial rights of spouses and children. The study recommends the establishment of clearer judicial guidelines, including digital verification procedures before oath-taking, and continuous training for judges to ensure consistency, fairness, and efficiency in maintenance proceedings.

 

Kajian ini meneliti pemakaian Yamin al-Nafi dalam tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah Sabah, khususnya dalam konteks penggunaan bukti digital. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana mahkamah mentafsir dan mengaplikasikan Yamin al-Nafi dengan menyeimbangkan antara prinsip fiqh klasik dan standard pembuktian moden. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan meneliti peruntukan undang-undang berkaitan, keputusan kehakiman serta amalan pentadbiran Biro Sokongan Keluarga (BSK). Dapatan menunjukkan bahawa rekod digital seperti data e-Nafkah, penyata bank dan laporan BSK kini diiktiraf sebagai bukti utama dalam menentukan pematuhan tanggungjawab nafkah. Yamin al-Nafi hanya digunakan apabila bukti dokumentar tidak lengkap atau masih menunggu pengesahan. Amalan ini selaras dengan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004 dan mencerminkan prinsip maqasid al-syariah dalam melindungi hak kewangan isteri dan anak-anak. Kajian ini mencadangkan agar garis panduan kehakiman yang lebih jelas diwujudkan, termasuk prosedur pengesahan digital sebelum sumpah, serta latihan berterusan kepada hakim bagi memastikan keseragaman, keadilan dan kecekapan dalam prosiding nafkah.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-12-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu, Hairul Vaiyron Othman, & Saifuddin, S. (2025). PEMAKAIAN YAMIN AL-NAFI DALAM TUNTUTAN NAFKAH: KAJIAN DI MAHKAMAH SYARIAH SABAH: THE APPLICATION OF YAMIN AL-NAFI IN MAINTENANCE CLAIMS: A STUDY AT THE SABAH SYARIAH COURT. CFORSJ Procedia, 3(1), 70-79. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/419