PENGGUNAAN DNA SEBAGAI QARINAH DALAM KES JENAYAH SYARIAH DAN KES PENENTUAN NASAB ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
THE USE OF DNA AS QARINAH IN SYARIAH CRIMINAL CASES AND CASES OF DETERMINING CHILD LINEAGE IN SYARIAH COURTS IN MALAYSIA
Keywords:
DNA, expert testimony, paternity determination, circumstantial evidenceAbstract
Sesuatu dakwaan yang dilakukan di Mahkamah Syariah, pada asasnya bertujuan untuk menuntut hak atau kepentingan terhadap sesuatu perkara, ataupun bertujuan mempertahankan kepentingan tersebut daripada pihak yang mempertikai. Justeru, kajian ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan penggunaan DNA sebagai qarinah dalam kes jenayah dan penentuan nasab anak di mahkamah Syariah Malaysia. Permasalahan kajian ialah tiada penerangan yang jelas tentang penggunaaan DNA sebagai qarinah dalam kes jenayah dan penentuan nasab anak di mahkamah Syariah. Objektif kajian ialah memperincikan penggunaan DNA sebagai qarinah dalam kes jenayah Syariah dan penentuan nasab anak di Mahkamah Syariah. Antara dapatan kajian ialah DNA dan aplikasi dalam Sains Forensik, pengiktirafan DNA sebagai Qarinah dalam kes jenayah di Mahkamah Syariah, pemakaian DNA dalam penentuan nasab anak daripada perspektif Syariah dan Pengaplikasian penggunaan DNA dalam penentuan nasab anak di mahkamah Syariah.






