PEMAKAIAN KETERANGAN DOKUMEN ELEKTRONIK DALAM PEMBUKTIAN: KAJIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

ILLEGITIMATE CHILDREN AND ITS IMPACT ON RELIGIOUS STATUS: A CASE STUDY OF ROSLIZA IBRAHIM

Authors

  • Nurul Izzati Kholdun Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Nur Aina Zafirah Azmi Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Intan Shafinaz Mohammadi Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Suhaizad Saifuddin Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia , 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Author
  • Lukman Abdul Mutalib Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author

Keywords:

Electronic Document Description, Admissibility, Shariah Court, Analysis, Criminal and Civil Cases, Keterangan Dokumen Elektronik, Kebolehterimaan, Mahkamah Syariah, Analisis, Kes Jenayah dan Mal

Abstract

Keterangan dokumen merupakan salah satu kaedah pembuktian yang diamalkan di kedua-dua mahkamah di Malaysia iaitu mahkamah Syariah dan mahkamah Sivil. Pembuktian melalui keterangan dokumen tidak hanya terhad kepada keterangan dokumen berbentuk fizikal sahaja bahkan telah diperluaskan skopnya kepada keterangan dokumen berbentuk elektronik. Sejauhmana pemakaian keterangan dokumen elektronik di mahkamah di Malaysia dilihat pada peruntukan yang diperuntukkan dalam undang-undang yang berkuatkuasa. Penulisan ini bertujuan untuk mengkaji pemakaian dokumen elektronik sebagai kaedah pembuktian dari sudut feqah dan perundangan di Malaysia. Tambahan lagi, penulisan ini juga akan mengkaji sejauh mana kebolehterimaan pemakaian keterangan dokumen elektronik dengan menganalisis kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Syariah. Seterusnya, penulisan ini juga akan menjelaskan proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik beserta cadangan penambahbaikan. Penulisan ini dijalankan melalui kajian perpustakaan dengan merujuk sumber-sumber ilmiah seperti buku, jurnal, artikel, kes-kes yang diputuskan dan lain-lain sumber. Daripada penulisan ini, secara amnya dapat dketahui bahawa keterangan dokumen elektronik ini adalah merupakan satu perkara baru yang mana pemakaiannya itu selari dengan prinsip syarak dan diterima pakai dalam mahkamah-mahkamah di Malaysia. Selain itu, hasil analisis kes-kes yang diputuskan di mahkamah Syariah menunjukkan bahawa keterangan dokumen elektronik diterima sebagai satu kaedah pembuktian namun masih memerlukan kepada penambahbaikkan dari sudut peruntukan dan pengamalannya. Semoga penulisan ini dapat memberi penjelasan berhubung pemakaian keterangan dokumen elektronik daripada perlbagai aspek serta dapat menunjukkan sejauh mana kebolehterimaan pemakaian keterangan dokumen elektronik di mahkamah syariah.

Documentary evidence is one of the methods of proof practiced in both courts in Malaysia, Shariah Court and the Civil Court. Proof through documentary evidence is not limited to physical documents only, but has also expanded its scope to include electronic documents. To what extent the use of electronic document evidence in the courts in Malaysia is viewed in accordance with the provisions stipulated in the applicable laws. This writing aims to examine the use of electronic documents as a method of proof from the perspective of Islamic jurisprudence and legislation in Malaysia. Additionally, this writing will also examine the extent of the acceptance of the use of electronic document evidence by analyzing cases that have been decided in the Shariah Court. Next, this writing will also explain the process of collecting electronic document information along with suggestions for improvements. This writing is conducted through a literature review by referring to scholarly sources such as books, journals, articles, decided cases, and other sources. From this writing, it can generally be understood that the description of electronic documents is a new matter, which is in line with the principles of Islamic law and is accepted in the courts of Malaysia. In addition, the analysis of cases decided in the Shariah Court shows that electronic document evidence is accepted as a method of proof, but it still requires improvements in terms of provisions and its implementation. Hope this writing can provide an explanation regarding the use of electronic document evidence from various aspects and can demonstrate the extent to which the acceptance of electronic document evidence is in the Shariah Court.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-10-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Kholdun, N. I., Azmi, N. A. Z., Mohammadi, I. S., Saifuddin, S., & Abdul Mutalib, L. (2024). PEMAKAIAN KETERANGAN DOKUMEN ELEKTRONIK DALAM PEMBUKTIAN: KAJIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA: ILLEGITIMATE CHILDREN AND ITS IMPACT ON RELIGIOUS STATUS: A CASE STUDY OF ROSLIZA IBRAHIM. CFORSJ Procedia, 2(1), 571-582. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/408