MENEROKA PERANAN QARINAH SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH SYARIAH: ANALISIS KES DAN CABARAN
EXPLORING THE ROLE OF QARINAH AS A METHOD OF PROOF IN THE SYARIAH COURT: CASE ANALYSIS AND CHALLENGES
Keywords:
Qarinah, Circumstantial Evidence, Method of Proof, Syariah Court Evidence Enactments, Syariah Court, Keterangan Berdasarkan Keadaan, Kaedah Pembuktian, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah, Mahkamah SyariahAbstract
This article examines the application of Qarinah in Syariah Court cases, referring to circumstantial evidence used to support or refute an allegation. Although Qarinah is accepted under the state's Evidence Enactments, its usage remains limited and is subject to the discretion of judges. Additionally, there is confusion regarding the application of Qarinah from an Islamic perspective and its interpretation within the enactments. The objective of this study is to analyze the concept of Qarinah and its application in Syariah Courts, identify weaknesses in its acceptance, and propose improvements to strengthen its use within the Syariah legal system. The study adopts a qualitative methodology through the analysis of primary and secondary legal sources, including statutes and court cases. The findings indicate that Qarinah carries several different meanings within the Syariah Court Evidence Enactments. Its application is also inconsistent with the Islamic understanding of Qarinah, leading to non-uniformity and challenges in its implementation. This article suggests that legal provisions be updated to provide clearer guidelines and improve the understanding of Syariah legal practitioners to ensure fairer and more consistent judicial decisions.
Artikel ini mengkaji pemakaian Qarinah dalam kes-kes di Mahkamah Syariah, yang merujuk kepada keterangan berdasarkan keadaan dalam menegakkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Walaupun Qarinah diterima di bawah Enakmen Keterangan negeri, penggunaannya masih terbatas dan bergantung kepada budi bicara hakim selain wujudnya kekeliruan berhubung pemakaian Qarinah menurut pandangan Islam dan tafsiran di dalam enakmen. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis konsep Qarinah dan penggunaannya di Mahkamah Syariah, mengenal pasti kelemahan dalam penerimaan Qarinah serta mencadangkan penambahbaikan untuk mengukuhkan penggunaannya dalam sistem perundangan Syariah. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis sumber perundangan primer dan sekunder termasuklah statut perundangan dan kes-kes di mahkamah. Hasil kajian mendapati bahawa Qarinah mempunyai beberapa pengertian yang berbeza di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Pemakaian Qarinah juga dilihat tidak konsisten dengan maksud Qarinah menurut perspektif Islam yang menyebabkan pemakaian yang tidak seragam seterusnya menjadi cabaran dalam pemakaian Qarinah. Artikel ini mencadangkan agar peruntukan undang-undang dikemas kini bagi memberikan panduan lebih jelas serta meningkatkan kefahaman kepada pengamal undang-undang syariah dalam memastikan keputusan perundangan yang lebih adil dan konsisten.






