APLIKASI QAUL MUKTAMAD DAN PANDANGAN MAZHAB FIQH DALAM PROSES PENGELUARAN FATWA DI MALAYSIA
THE APPLICATION OF QAUL MUKTAMAD AND THE VIEWS OF FIQH SCHOOLS IN THE FATWA ISSUANCE PROCESS IN MALAYSIA
Keywords:
Qaul muktamad, mazhab fiqh, fatwaAbstract
Di Malaysia, mazhab fiqh telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memandu masyarakat Islam menjalani kehidupan yang bersyariat. Mazhab Syafie pula merupakan mazhab utama yang menjadi panduan dan ianya telah lama berakar umbi dalam amalan keagamaan bukan sahaja di peringkat individu malah telah disebatikan dalam setiap cabang pentadbiran agama Islam di Malaysia. Ini dapat dilihat secara jelas dan rasmi dalam pentadbiran undang-undang Islam di peringkat persekutuan dan negeri di Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam akta, enakmen dan juga ordinan. Salah satu cabang dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia yang memerlukan penglibatan pandangan mazhab fiqh ialah dalam pengeluaran fatwa. Dalam proses pengeluaran fatwa, qaul muktamad adalah elemen yang sangat penting sebagai sumber rujukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Kebangsaan. Artikel ini bertujuan untuk melihat perkaitan di antara mazhab fiqh dan qaul mu’tamad serta pengaplikasiannya dalam proses membuat fatwa di Malaysia. Penelitian aspek ini akan diperincikan dengan perbahasan contoh-contoh pengeluaran fatwa berkaitan isu-isu terpilih yang menggunakan aplikasi qaul muktamad. Kaedah yang digunapakai dalam penulisan artikel ini ialah kajian kepustakaan dengan merujuk isis isu-su yang berbangkit adalah dengan merujuk kepada jurnal dan artikel. Analisis yang dibuat adalah merangkumi aspek bidangkuasa negeri-negeri dalam pengeluaran fatwa, kaedah penetapan qaul muktamad bagi setiap mazhab dan perbandingan kaedah penetapan fatwa negeri-negeri. Artikel ini merumuskan bahawa pandangan mazhab fiqh dan qaul mu’tamadnya telah memberikan impak yang besar ke atas perundangan dan kehakiman Syariah yang berpandukan kepada fatwa.






