HAK HARTA PUSAKA UNTUK ANAK ANGKAT BERDAFTAR
RIGHTS OF ESTATES FOR REGISTERED ADOPTED CHILD
Keywords:
Inheritance, adoption, Shariah law, adoption act, Harta Pusaka, anak angkat, hukum syarak, Akta PengangkatanAbstract
Adopting a child is common practice in Malaysia, regardless of whether it is in the Muslim community or in the non-Muslim community. In fact, this practice has arisen since the time before the advent of Islam and continues until today. In Islam, adopting a child is allowed, in fact it is an act or practice that is highly encouraged. This is because it can ensure the welfare of the adopted child is preserved and always awake. In Malaysia, adoption must be registered according to applicable Law. There is a difference between the status of an adopted child according to Shariah law and according to the law that applies to people who are not Muslim, in which case, according to the Islamic religion, adopted children are not assigned to the adoptive father. Therefore, this article will discuss about the rights of inheritance for adopted children who are registered according to Shariah law and the laws found in Malaysia.
Amalan pengambilan anak angkat sudah tidak asing lagi di negara Malaysia tidak kira sama ada dalam kalangan masyarakat Islam mahupun dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Bahkan amalan ini telah timbul sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi dan berlangsung sehinggalah ke hari ini. Dalam Islam pengambilan anak angkat dibenarkan malah ianya satu perbuatan atau amalan yang sangat digalakkan. Hal ini kerana dapat memastikan kebajikan anak angkat tersebut terpelihara dan sentiasa terjaga. Di Malaysia, pengambilan anak angkat haruslah didaftarkan mengikut Undang- undang yang terpakai. Terdapat perbezaan antara status anak angkat mengikut hukum syarak dan mengikut undang-undang yang terpakai bagi orang yang bukan beragama Islam yang mana disisi agama Islam, anak angkat tidak dinasabkan kepada bapa angkat. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang hak harta pusaka bagi anak angkat yang berdaftar mengikut hukum syarak dan Undang-undang yang terdapat di Malaysia.






