BIDANGKUASA HIBAH AMANAH: SATU TINJAUAN RINGKAS DI MAHKAMAH SYARIAH

JURISDICTION OF HIBAH AMANAH: A BRIEF REVIEW IN SYARIAH COURTS

Authors

  • Mohamed Fouzi Mokhtar Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Author
  • Ahmad Syukran Baharuddin Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia, International Advisory Board Member, Mejellat Al-Afaq wa Al-Maarif (JSKP), Faculty of Humanities, Islamic Sciences and Civilization, University Amar Telidji of Laghouat, BP 37G, Road of Ghardaia, 03000 Laghouat, Algeria, Associate Editor, Journal of Contemporary Maqasid Studies, Maqasid Institute, United States of America (USA) Author

Keywords:

Hibah amanah, jurisdiction court, civil court, Syariah court, bidangkuasa mahkamah, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah

Abstract

Perbezaan utama antara hibah mutlak dan hibah amanah adalah berkaitan dengan pemilikan harta hibah. Pemilikan harta dalam hibah mutlak hendaklah dipindahkan sepenuhnya kepada penerima hibah, dan pemberi hibah tidak lagi mempunyai hak atau kepentingan terhadap harta tersebut. Dalam perkara ini, penerima masih dapat menikmati faedah daripada harta tersebut walaupun harta berkenaan telah dipindahkan kepada benefisiari apabila menggunakan produk hibah amanah. Pelaksanaan hibah amanah ini dilakukan dengan mengubah beberapa ciri asal kontrak hibah dengan mengenakan syarat-syarat tertentu berdasarkan syarat ‘umrā dan ruqbā untuk meningkatkan keberkesanan perancangan hartanah alternatif. (Nazrul Hazizi Noordin, et. al. 2016) Namun, pelaksanaan hibah amanah ini tidak disokong oleh undang-undang yang jelas bahkan menimbulkan persoalan berkaitan mahkamah yang kompeten untuk mendengar hibah amanah ini. Makalah ini bertujuan untuk melihat berkaitan persoalan undang-undang yang menjadi permasalahan utama kepada keberkesanan pelaksanaan hibah amanah ini. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan kajian dokumentasi. Metode analisis yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap data-data yang diperolehi daripada dokumen-dokumen ilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dari jurnal dalam isu berkaitan keterangan dokumen dan hibah dari perspektif prinsip Syariah. Hasil kajian mendapati bahawa permasalahan bidangkuasa ini berpunca daripada pelaksanaan hibah amanah ini telah menggabungkan perkara yang berada di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil dalam pelaksanaan hibah amanah tersebut. Kesimpulannya, suatu usaha untuk menggubal undang-undang khusus berkaitan amanah menurut Islam hendaklah dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan konflik bidangkuasa ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-10-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Mokhtar, M. F., Wan Ismail, W. A. F., & Baharuddin, A. S. (2024). BIDANGKUASA HIBAH AMANAH: SATU TINJAUAN RINGKAS DI MAHKAMAH SYARIAH: JURISDICTION OF HIBAH AMANAH: A BRIEF REVIEW IN SYARIAH COURTS. CFORSJ Procedia, 2(1), 112-121. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/372