TEMPOH BAGI ANGGAPAN MATI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI NEGARA-NEGARA ISLAM: SATU SOROTAN

THE DURATION FOR PRESUMPTION OF DEATH IN ISLAMIC FAMILY LAW IN MUSLIM COUNTRIES: A REVIEW

Authors

  • Mohd Azhar Abdullah Department of Al-Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University (KIAS) Author
  • Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin Department of Al-Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University (KIAS) Author
  • Abdul Azib Hussain Department of Al-Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University (KIAS) Author
  • Nurul Akma Mohamed Department of Al-Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University (KIAS) Author
  • Khairulnazirin Nasir Academy of Islamic Studies, University Malaya Education Centre (UMEC) Author

Keywords:

Presumption of death, duration, law, country, Islam

Abstract

Anggapan mati atau mafqud lazimnya berlaku dalam keadaan tragedis.  Kesannya amat besar, terutama status perkahwinan, iddah dan pusaka yang ditangguhkan sehingga pihak mahkamah memutuskannya. Ia menjadi isu fiqh dan perundangan Islam serta sivil disebabkan jasad hakiki tidak ditemui. Menurut bidang kuasa Syariah di Malaysia, tempoh minimum isteri menunggu adalah selama empat (4) tahun untuk pembubaran perkahwinannya, kemudian ia beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Namun realiti semasa, tempoh empat tahun tersebut adalah rigid dan bertentangan dengan kes-kes tragedi khusus seperti Terowong Mu’assim 1990. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskannya selepas empat (4) bulan dan tragedi MH370 pada tahun 2014 yang diputuskan selepas 324 hari sebagai anggapan mati. Manakala dalam undang-undang keluarga Islam di beberapa buah negara Islam seperti Syria, Jordan, Magribi dan Sudan adalah tidak selaras bagi tempoh anggapan mati, antara satu tahun hingga ke empat tahun. Ketidakselarasan ini disebabkan tiada nas sarih yang menuntut ijtihad di sisi pihak pemerintah. Hal yang demikian menunjukkan bahawa tempoh empat tahun bagi anggapan mati dalam enakmen-enakmen Syariah di Malaysia boleh dinilai semula menurut keperluan semasa. Dalam pada itu, Pengerusi MKI mencadangkan tempoh empat tahun tersebut dinilai semula berdasarkan tuntutan maqasid syar’iyyah dan perkembangan teknologi semasa. Kajian kualitatif ini bertindak menganalisis dokumen-dokumen perundangan yang dikuatkuasakan. Dapatan kajian boleh dijadikan asas bagi pihak pengubal undang-undang Syariah menilai tempoh yang relevan bagi keperluan negara ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-10-08

Conference Proceedings Volume

Section

Conference Proceedings Submissions

How to Cite

Abdullah, M. A., Mohd Nassuruddin, A. S., Hussain, A. A., Mohamed, N. A., & Nasir, K. (2024). TEMPOH BAGI ANGGAPAN MATI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI NEGARA-NEGARA ISLAM: SATU SOROTAN: THE DURATION FOR PRESUMPTION OF DEATH IN ISLAMIC FAMILY LAW IN MUSLIM COUNTRIES: A REVIEW. CFORSJ Procedia, 2(1), 22-33. https://fsuproceedings.usim.edu.my/index.php/cforsjprocedia/article/view/363